Friday 25 February 2011

KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)


Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) sebelum ini dikenali  sebagai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK). KMK telah bergiat cergas di HUSM sejak dari awal penubuhan HUSM dan telah membuktikan kemampuan untuk menghasilkan penyelesaian masalah kerja dan inovasi sistem kerja.

KIK merupakan salah satu alat pengurusan yang mudah difahami dan dilaksanakan oleh semua peringkat staf. Berbanding dengan KMK, tumpuan KIK tidak hanya untuk menyelesaikan sesuatu masalah semata-mata tetapi berfokuskan merungkai punca masalah dan mencari penyelesaian dengan melakukan kajian bagi penambahbaikan proses sedia ada. 


 Pada masa kini peningkatan kemunculan kumpulan-kumpulan KIK di HUSM amat menggalakan sehingga ada di antara kumpulan-kumpulan seperti Rehab Charger, USMet, Sigma, Tawam dan sebagainya mendapat pelbagai anugerah peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa; secara tidak langsung telah mengharumkan nama HUSM.

Sememangnya KIK adalah selari dengan strategi untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan (k-Economy) serta mempersiap-siagakan diri staf untuk bersaing diperingkat global.  Oleh yang demikian, setiap staf HUSM diwajibkan untuk menyertai KIK secara aktif di unit masing-masing. Semoga dengan inisiatif ini Budaya Kualiti dan Inovasi di HUSM menjadi realiti.

No comments:

Post a Comment