Thursday 10 March 2011

KONVENSYEN KIK PERINGKAT IPTA KALI KE-7


Konvensyen Kumpulan Inivatif dan Kreatif (KIK) Peringkat IPTA Kali Ke-7 telah dilangsungkan pada 1-3 Mac 2011 di Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Universiti Sains Malaysia telah diwakili oleh 5 kumpulan seperti berikut:


Kategori Pengurusan
BIL
NAMA KUMPULAN
PTJ
PENARAFAN BINTANG
KEPUTUSAN
1
SIGMA
HUSM
PERAK 4-BINTANG

2
U-BALANCE
PPSK
PERAK 4-BINTANG
TEMPAT KETIGA
Kategori Teknikal
1
REHAB-CHARGER
HUSM
PERAK 4-BINTANG
PERSEMBAHAN TERBAIK
2
TAWAM
HUSM
PERAK 4-BINTANG

3
G-SMART
PPSG
PERAK 4-BINTANG



Tahniah diucapkan kepada semua kumpulan KIK yang telah mengharumkan nama Universiti Sains Malaysia.

Monday 28 February 2011

KUMPULAN KIK KLINIKAL & MAKMAL, JABATAN FARMASI HUSM


BIL
UNIT
TAJUK PROJEK
1


Mengurangkan kuantiti bekalan  bagi ubat PRN
2
FARMASI
PESAKIT
Menghadkan tempoh bekalan ubat

3
LUAR
Mengurangkan bekalan ubat bertindih
4

Mengelakkan pembaziran ke atas ubat-ubatan yang berlebihan/ tidak perlu oleh pesakit.
5


Mengatasi kurangnya kecaknaan terhadap ubat-ubatan di kalangan pesakit.
6


KHIDMAT
MAKLUMAT
Mengoptimakan/merasionalkan ubat-ubatan dalam HUSM Formulary berdasarkan
a) Variasi ubat dalam kelas farmakologi yang sama
b) ‘Optional drug’
7
DRUG
Penggunaan ubat generik di mana perlu dan bersesuaian
8

Memantau ubat yang mempunyai kriteria penggunaan yang mana berkenaan
9

Memberi kesedaran kepada pengamal perubatan tentang nilai ubat-ubatan yang dibekalkan kepada setiap pesakit.
10
UNIT
HOME MEDICATION REVIEW
11
FARMASI SATELIT
MENGOPTIMAKAN PEMBEKALAN UBAT KEPADA PIHAK WAD/UNIT
12
                                   BAHAGIAN
Meningkatkan penyediaan sediaan-sediaan farmaseutikal.
13
PERKHIDMATAN MAKMAL
Penggunaan asid amino dalam Total Parenteral Nutrisi (TPN) untuk pesakit dewasa.
14

Penggunaan multivitamin & vitalipid dalam sediaan TPN

Jabatan Farmasi telah menyahut cabaran Pengarah HUSM berkaitan konsep “Satu Staf – Satu Kumpulan KIK”.  Unit-unit dibawah zon klinikal dan makmal telah menubuhkan 14 buah kumpulan KIK dengan 14 buah projek yang dicadangkan! Syabas diucapkan kepada staf Jabatan Farmasi yang bersedia menerima perubahan minda dalam mengharungi gelombang APEX.

Diharapkan inisiatif ini akan menjadi contoh kepada staf HUSM yang lain. Marilah kita bersama-sama melangkah ke pentas baru dalam menghadapi cabaran masakini demi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat dengan sentiasa mengamalkan “RAKYAT DIDAHULUKAN”.

Friday 25 February 2011

MULTIMEDIA KEMPEN PENJIMATAN 2006

Multimedia yang sangat menarik hasil pembikinan dari sumber kreativiti dalaman. Bakat dicungkil sambil menyampaikan mesej berbentuk pendidikan kepada masyarakat umum. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat.

KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)


Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) sebelum ini dikenali  sebagai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK). KMK telah bergiat cergas di HUSM sejak dari awal penubuhan HUSM dan telah membuktikan kemampuan untuk menghasilkan penyelesaian masalah kerja dan inovasi sistem kerja.

KIK merupakan salah satu alat pengurusan yang mudah difahami dan dilaksanakan oleh semua peringkat staf. Berbanding dengan KMK, tumpuan KIK tidak hanya untuk menyelesaikan sesuatu masalah semata-mata tetapi berfokuskan merungkai punca masalah dan mencari penyelesaian dengan melakukan kajian bagi penambahbaikan proses sedia ada. 


 Pada masa kini peningkatan kemunculan kumpulan-kumpulan KIK di HUSM amat menggalakan sehingga ada di antara kumpulan-kumpulan seperti Rehab Charger, USMet, Sigma, Tawam dan sebagainya mendapat pelbagai anugerah peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa; secara tidak langsung telah mengharumkan nama HUSM.

Sememangnya KIK adalah selari dengan strategi untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan (k-Economy) serta mempersiap-siagakan diri staf untuk bersaing diperingkat global.  Oleh yang demikian, setiap staf HUSM diwajibkan untuk menyertai KIK secara aktif di unit masing-masing. Semoga dengan inisiatif ini Budaya Kualiti dan Inovasi di HUSM menjadi realiti.

Thursday 24 February 2011

KEMPEN PEMULANGAN SEMULA UBAT-UBATAN

Kempen Pemulangan Semula Ubat-ubatan dicetuskan di Unit Farmasi Pesakit Luar (UFPL) Jabatan Farmasi HUSM sejak Jun 2009 berdasarkan pemerhatian dimana terdapat pesakit memulangkan ubat-ubat yang tidak digunakan disebabkan oleh beberapa faktor; diantaranya ialah ketidakserasian ubat, kematian pesakit, berlebihan bekalan ubat akibat pertindihan temujanji dsnya.

Pada mulanya pesakit diberi maklumat melalui flyers dan penerangan secara lisan oleh staf di kaunter UFPL. Kemudiannya kempen dipanjangkan ke wad-wad dengan memberi maklumat kepada pesakit, peneman dan waris pesakit. Kempen ini juga telah menarik minat pelajar-pelajar Perubatan Tahun 4 untuk dijadikan projek dibawah Program Kajian Kes Keluarga (KKKK). Hebahan berkaitan kempen telah keudara dalam segmen "Bual Bicara" di Radio Malaysia Kelantan.

Objektif kempen ialah:
          1. Menggalakkan pesakit memulangkan ubat-ubatan yang tidak digunakan.
          2. Menangani kemungkinan risiko pesakit mendapat dos berganda.
          3. Memupuk sikap prihatin dalam penggunaan ubat secara berhemah.
          4. Memberi kesedaran bahawa ubat yang tidak digunakan boleh diagihkan bagi  
               perawatan  pesakit lain
          5. Melupuskan ubat-ubat yang telah luput tarikh melalui kaedah yang betul.                   


Sambutan masyarakat terhadap kempen ini amat memberangsangkan sekali. Nilai yang didapati daripada ubat-ubat yang dipulangkan amat tinggi sekaligus membantu kearah penjimatan perbelanjaan HUSM dan mengelakkan pembaziran. Kempen masih diteruskan demi kesejahteraan bersama.

BUDAYA KUALITI DAN INOVASI

24HB JANUARI 2011   BUDAYA KUALITI adalah satu aspek besar dan penting yang perlu dikongsi oleh semua pihak. Ini adalah kerana dimensi kualiti adalah penanda kepada kecemerlangan akademik dan pencapaian-pencapaian kita yang lain. Dalam konteks HUSM, saya berharap agar semua mengambil langkah yang lebih besar dan sistemetik untuk membangunkan inisiatif-inisiatif bagi peningkatan dan pematuhan kualiti secara menyeluruh dan berterusan berpandukan kepada semangat  peningkatan kualiti secara berterusan (TQM). Antara pendekatan kualiti juga yang boleh digunakan ialah penandarasan atau ‘benchmarking’ atau ‘gap analysis’ yang boleh menentukan pencapaian kualiti kita.

Semua pihak sedia maklum bahawa inovasi telah dimartabatkan sebagai agenda nasional yang perlu merentasi segala aspek kehidupan masyarakat. Diperingkat kebangsaan beberapa perancangan telah dibuat termasuk pembentukan jawatankuasa di pelbagai peringkat. Bagi peringkat HUSM pula, kita perlu membuat persediaan yang lebih konkrit bagi menyambut agenda inovasi itu. Kita perlu menjadi pemain utama sama ada kepada negara dan masyarakat mahupun dalam institusi kita sendiri. Saya melihat ada keperluan supaya HUSM membuat perancangan dan tindakan termasuk dalam aspek pembudayaan, pembentukan ekosistem yang meraikan inovasi dan pelaksanaan yang komprehensif dan menyeluruh.

Bagi memulakah langkah, kesedaran perlu wujud dalam diri setiap staf HUSM akan peri pentingnya BUDAYA KUALITI DAN INOVASI. Masalah-masalah kecil ditempat kerja perlu diatasi segera supaya tidak menghambat perjalanan kita untuk meraih kejayaan yang lebih besar. Kita tidak mahu “kerana nila setitik rosak susu sebelanga” dimana perkara yang dianggap remeh-temeh itulah yang menjadi punca kita kehilangan respect atau dihormati. Saya merayu setiap staf HUSM mula menyelesaikan apa jua masalah ditempat kerja masing-masing mengikut pendekatan KIK. Ramai dikalangan kita yang sudah mahir menggunakan ICC tools maka marilah kita semua teruskan budaya ini. 

Petikan ucapan Pengarah HUSM di Majlis Perutusan Tahun 2011 di Auditorium Perubatan Nuklear HUSM.

KEMPEN PENJIMATAN KEMUDAHAN ASAS 2011

22 FEB 2011 Kempen Penjimatan Kemudahan Asas telah mula dilaksanakan di HUSM sejak tahun 2003. Kini genaplah usia 9 tahun kempen ini dilaksanakan. Kempen diperhebatkan apabila USM menerima penganugerahan status APEX pada tahun 2008. Perjuangan bagi memastikan kelestarian dimasa hadapan dan membela the bottom billion telah meningkatkan semangat staf HUSM dalam melaksanakan kempen ini. Setiap tahun majlis seperti ini diadakan bagi menganalisis pencapaian dan memperbaharui iltizam untuk meningkatkan usaha kearah penjimatan.

Sesungguhnya budaya penjimatan kemudahan asas merupakan suatu budaya mulia. Ia berkait rapat dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Kita sudah faham mengenai penjimatan kertas kerana ingin mengelakkan penebangan pokok. Kita juga faham tidak menggunakan beg plastik kerana sumber minyak adalah bahan mentah untuk membuat plastik.
Oleh yang demikian Kempen Penjimatan Kemudahan Asas mempunyai objektif serampang tiga-mata iaitu MEWUJUDKAN BUDAYA DIKALANGAN STAF HUSM, MEMPERJUANGKAN KELESTARIAN    DAN  MENJIMATKAN PERBELANJAAN.


Perlu diingatkan bahawa kempen penjimatan ini  berjalan sepanjang masa dan bukan tertumpu pada bulan Februari sahaja setiap tahun. Amalan menutup lampu atau pendingin udara apabila keluar bilik perlu dilakukan juga dirumah. Ahli keluarga perlu diterapkan dengan amalan mulia supaya pembaziran dapat dielakkan. 


Jawatankuasa Kempen Penjimatan Kemudahan Asas dan Pihak UKP telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan hasrat murni universiti bagi manfaat manusia sejagat.