Thursday 24 February 2011

KEMPEN PEMULANGAN SEMULA UBAT-UBATAN

Kempen Pemulangan Semula Ubat-ubatan dicetuskan di Unit Farmasi Pesakit Luar (UFPL) Jabatan Farmasi HUSM sejak Jun 2009 berdasarkan pemerhatian dimana terdapat pesakit memulangkan ubat-ubat yang tidak digunakan disebabkan oleh beberapa faktor; diantaranya ialah ketidakserasian ubat, kematian pesakit, berlebihan bekalan ubat akibat pertindihan temujanji dsnya.

Pada mulanya pesakit diberi maklumat melalui flyers dan penerangan secara lisan oleh staf di kaunter UFPL. Kemudiannya kempen dipanjangkan ke wad-wad dengan memberi maklumat kepada pesakit, peneman dan waris pesakit. Kempen ini juga telah menarik minat pelajar-pelajar Perubatan Tahun 4 untuk dijadikan projek dibawah Program Kajian Kes Keluarga (KKKK). Hebahan berkaitan kempen telah keudara dalam segmen "Bual Bicara" di Radio Malaysia Kelantan.

Objektif kempen ialah:
          1. Menggalakkan pesakit memulangkan ubat-ubatan yang tidak digunakan.
          2. Menangani kemungkinan risiko pesakit mendapat dos berganda.
          3. Memupuk sikap prihatin dalam penggunaan ubat secara berhemah.
          4. Memberi kesedaran bahawa ubat yang tidak digunakan boleh diagihkan bagi  
               perawatan  pesakit lain
          5. Melupuskan ubat-ubat yang telah luput tarikh melalui kaedah yang betul.                   


Sambutan masyarakat terhadap kempen ini amat memberangsangkan sekali. Nilai yang didapati daripada ubat-ubat yang dipulangkan amat tinggi sekaligus membantu kearah penjimatan perbelanjaan HUSM dan mengelakkan pembaziran. Kempen masih diteruskan demi kesejahteraan bersama.

No comments:

Post a Comment