Thursday, 24 February 2011

KEMPEN PENJIMATAN KEMUDAHAN ASAS 2011

22 FEB 2011 Kempen Penjimatan Kemudahan Asas telah mula dilaksanakan di HUSM sejak tahun 2003. Kini genaplah usia 9 tahun kempen ini dilaksanakan. Kempen diperhebatkan apabila USM menerima penganugerahan status APEX pada tahun 2008. Perjuangan bagi memastikan kelestarian dimasa hadapan dan membela the bottom billion telah meningkatkan semangat staf HUSM dalam melaksanakan kempen ini. Setiap tahun majlis seperti ini diadakan bagi menganalisis pencapaian dan memperbaharui iltizam untuk meningkatkan usaha kearah penjimatan.

Sesungguhnya budaya penjimatan kemudahan asas merupakan suatu budaya mulia. Ia berkait rapat dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Kita sudah faham mengenai penjimatan kertas kerana ingin mengelakkan penebangan pokok. Kita juga faham tidak menggunakan beg plastik kerana sumber minyak adalah bahan mentah untuk membuat plastik.
Oleh yang demikian Kempen Penjimatan Kemudahan Asas mempunyai objektif serampang tiga-mata iaitu MEWUJUDKAN BUDAYA DIKALANGAN STAF HUSM, MEMPERJUANGKAN KELESTARIAN    DAN  MENJIMATKAN PERBELANJAAN.


Perlu diingatkan bahawa kempen penjimatan ini  berjalan sepanjang masa dan bukan tertumpu pada bulan Februari sahaja setiap tahun. Amalan menutup lampu atau pendingin udara apabila keluar bilik perlu dilakukan juga dirumah. Ahli keluarga perlu diterapkan dengan amalan mulia supaya pembaziran dapat dielakkan. 


Jawatankuasa Kempen Penjimatan Kemudahan Asas dan Pihak UKP telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan hasrat murni universiti bagi manfaat manusia sejagat.

No comments:

Post a Comment